Bonjour!
Hey ! Good days to you!
Credits
| Kata daripada aku; MAAF
Mula mula kau datang.
Kau pinta aku. Aku terima kau. Kita berjalan bersama-sama di atas sebuah perhubungan. Aku mamai. Aku terlalu asyik dengan hubungan kita. Kadang-kadang ada yg mengata. Ada yang mengejek. Ada yang mempersoalkan. Kenapa kau pilih aku? Bagaimana kau boleh pilih aku? Bukan seorang malah lebih daripada itu. Aku, aku jatuh mendengar ayat itu. Aku sedih. Aku terhina. Bukan aku sahaja. Batinku sekali. Aku tak berfikir panjang. Aku pinta kau lepaskan aku. Kau relakan. Kau rindukan aku. Aku rindukan kau. Maaf. Aku terpaksa. Aku sebenarnya kecil hati. Kau terbaik diantara terbaik. Jadi, kau seharusnya memiliki yang lebih baik. Tapi kau tak faham. Kau fikir aku persiakan kau. Bahkan dalam hati aku, hari-hari aku penuh nama kau. Aku tak tahan. Maaf kali kedua. Meminta kau semasa kau bersama dengan orang baru. Aku. Aku. Aku tak sanggup lihat kau dengan dia. Namun, aku berterima kasih kerana kau masih terima aku lagi. Kita teruskan lagi. Hubungan kita bersama tapi... Tak seperti dulu. Kita kekok. Aku sedih. Aku pendam. Sebab aku sayang hubungan kita. Aku tak kisah walaupun aku sorang sahaja yang pertahankan hubungan ini. Janji kau ada disisi ku, itu sudah mencukupi. Hari berganti hari. Hingga satu hari kau memutuskan hanya untuk menjadi seorang kawan. Aku terdiam. Kaku. Membisu. Kau mengingat saat aku tinggalkan kau dahulu. Kau kata aku mulakan dahulu. Aku. Aku redha mengikut kemahuanmu. Hari berjalan biasa seperti perasaanmu terhadapku sebagai kawan biasa. Maaf kali ketiga. Aku. Aku tak dapat lupakanmu. Singkat. Cetek. Ringkas perasaanku. Tapi cuma itu yang aku tahu. Hidupku berlalu ditemani bayang-bayangmu. Aku rindu lagi. Aku pendam lagi. Menangis lagi dan lagi. Aku cuba pujuk perasaanku. Bukan sahaja di waktu aku sedang menulis tentangmu. Namun sehingga kau sedang membaca perasaanku. Kini. Yang ini. Maaf kali keempat. Aku benar-benar kalah. Aku.....Rindu akan kamu. Mungkin tulisan ini agak kaku. Tapi ini hasil dari hatiku. Aku masih memerlukanmu. Aku masih menunggumu. Maafmu mungkin aku terima. Jadi segeralah datang kepadaku. Maaf kali kelima. Aku masih mencintaimu. Yang jujur, Aku @fatimaHmarzuki |